fbpx

Penolong Jurutera JPS didakwa rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Md. Shahrul Haizal (tengah) didakwa menerima rasuah bagi projek kerja-kerja selenggara jalan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penolong jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan bagi mendapatkan kelulusan projek bernilai RM96,780 pada enam tahun lalu.

Tertuduh, Md. Shahrul Haizal Mohamad, 42, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan setelah mendapatkan projekkerja-kerja penyenggaraan cerun runtuh di Jalan Felda Tersat, Hulu Terengganu yang bernilai RM96,780.

Md. Shahrul Haizal yang juga pegawai penyelia tapak projek berkenaan didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Hulu Terengganu pada 29 Julai 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana-mana nilai lebih tinggi jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI