fbpx

Kim Se-jeong takut bercinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SE-JEONG

PELAKON cantik Kim Se-jeong yang merupakan bekas anggota kumpulan Gugudan kini tampil dengan sebuah single baharu ciptaan sendiri sepenuhnya.

Ketika muncul dalam program You Heeyeol’s Sketchbook, Se-jeong mendedahkan bahawa lagu yang berjudul Maybe I Am tersebut menceritakan perihal sebenar dirinya.

“Lagu berkenaan mengisahkan seorang wanita yang takut untuk bercinta. Kisah itu tentang saya sendiri sebab saya seorang yang sangat takut untuk menjalin hubungan cinta.

“Saya sering meletakkan batasan dengan orang lain. Dari awal lagi saya sangat takut jika terluka. Tidak kira perhubungan cinta ataupun dengan rakan-rakan, kita perlu bersikap terbuka dari segi komunikasi dua hala,” jelasnya.

Bagaimanapun pelakon drama The Uncanny Encounter itu mengakui, dia bukanlah seorang yang pandai melakukan perkara sedemikian.

“Saya sering cakap kepada diri, bahawa tidak ada hubungan yang akan kekal. Tiada guna memulakan sesuatu perhubungan kalau akhirnya kita gagal berkahwin dengannya.

“Disebabkan saya tiada pengalaman bercinta, jadi sangat sukar untuk menulis lagu cinta,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI