fbpx

Elak kereta memotong, lori kurier naik atas penghadang besi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah lori kurier yang naik ke atas penghadang besi di susur masuk R&R Seremban (arah Selatan), di sini, tadi.

SEREMBAN – Gara-gara ingin mengelak dari menghimpit sebuah kereta yang memotong di sebelah kiri, seorang pemandu lori kurier berhadapan detik-detik cemas terbabit kemalangan di susur masuk Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (arah Selatan), di sini, tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan luka di bahagian kakinya.

Menurut pemandu yang hanya ingin dikenali sebagai Bob, 36, dia dalam perjalanan menghantar barangan sebuah syarikat kurier dari Pulau Pinang ke Plentong, Johor Baharu.

“Saya gerak jam 11 malam tadi, sebaik saya ingin masuk susur ke kiri ke R&R ini untuk berehat sebentar, saya terkejut ada sebuah kereta berwarna putih memecut laju di sebelah kiri.

“Kalau terus ke kiri, saya akan menghimpit dan membahayakan nyawa pemandu kereta jadi saya terus sahaja merempuh penghadang besi dan tergamam bila lori naik di atas penghadang besi berkenaan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, tadi.

Sementara itu, Jurucakap Polis berkata, kemalangan berlaku di kilometer 274.6 (arah Selatan) dan membabitkan sebuah lori jenis Mitsubishi yang terbabas di lokasi berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI