fbpx

Dua kluster baharu di Kelantan tercetus di Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Sebanyak 54 kes positif Covid-19 dikesan dalam dua kluster baharu di Kelantan hari ini iaitu Kluster Kampung Palekbang, Tumpat dan Kluster Jalan Kota Kubang Labu di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin, daripada jumlah itu, sebanyak 28 kes dikesan dalam Kluster Kampung Palekbang manakala 26 kes bagi Kluster Jalan Kota Kubang Labu.

Katanya, kedua-dua kluster itu dikesan berpunca daripada daerah yang sama iaitu di Tumpat.

“Sehingga hari ini, seramai 42 individu telah disaring dalam Kluster Kampung Palekbang manakala 318 individu disaring untuk Klustet Jalan Kota Kubang Labu.

“Kluster Kampung Palekbang merupakan kluster dalam komuniti dan tercetus semasa majlis pengajian di sebuah surau sebelum menjangkiti kepada ahli keluarga terdekat. Kluster ini masih tertumpu di daerah Tumpat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Dr. Izani, Kluster Jalan Kota Kubang Labu dikesan berlaku di tempat kerja dan penularan wabak Covid-19 berlaku dalam kalangan kakitangan sebuah syarikat perantara kewangan di Jalan Kota Kubang Labu di sini.

Katanya, wabak itu kemudiannya menjangkiti ahli keluarga terdekat.

Terdahulu, Kelantan mencatatkan sebanyak 126 kes positif Covid-19 hari ini dengan 54 kes dalam dua kluster tersebut dan 6,582 bagi keseluruhan kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI