fbpx

Dijel 8 bulan menyamar Pegawai Khas minta wang berhubung geran filem

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh Mohd. Zafir keluar dari Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Perbuatan seorang penganggur yang menyamar Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri dan meminta wang daripada seorang wanita berhubung dana geran filem, akhirnya menerima padah apabila dia dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Zafir Zainuddin, 38, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Mahkamah turut memerintahkan tempoh pemenjaraan itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu pada 1 April lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Zafir didakwa memperdaya seorang wanita dengan mengatakan dirinya Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia serta berjanji untuk mendapatkan peruntukan geran bagi sebuah filem daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) sedangkan tertuduh bukan Pegawai Khas Timbalan Menteri itu.

Perbuatan itu telah mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM5,000 yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang itu sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu didakwa dituduh di sebuah restoran di Presint 9, Putrajaya pada pukul 5.15 petang pada 1 April lalu.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 416 Kanun Kesiksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 419 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-dua jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azeem Hafeez Jamaluddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jumaat lalu Kosmo! Online melaporkan lelaki berusia 38 tahun itu disyaki menyamar sebagai pegawai khas dan meminta rasuah daripada syarikat produksi untuk tujuan mendapatkan sokongan seorang timbalan menteri.

Suspek kemudian ditahan SPRM Kuala Lumpur di Putrajaya pukul 5.30 petang pada 1 April lalu.

Suspek turut mendakwa sokongan daripada timbalan menteri akan memudahkan lagi proses untuk memperoleh dana.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI