fbpx

Todak tepati ramalan ke pusingan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TODAK berjaya melangkah ke pusingan akhir MES 2021 bagi kategori MLBB, namun mereka percaya masih ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki untuk memastikan kejuaraan menjadi milik mereka.

KELAB e-Sukan profesional negara, Todak tidak boleh menarik nafas lega biarpun mengesahkan tiket ke pusingan akhir Kejohanan Malaysia Esports Series (MES) 2021 selepas mengungguli saingan kelayakan kategori Mobile Legends Bang Bang (MLBB) semalam.

Sebagai rekod, Todak menjadi salah satu pasukan terbaik di peringkat kelayakan yang mana lapan kelab e-Sukan bagi saingan MLBB berjaya melangkah ke pentas akhir yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Penolong pengurus pasukan Todak, Muhammad Rizwan Abdullah mengakui sangat gembira dengan prestasi anak-anak buahnya meskipun pada hari pertama di peringkat kumpulan mereka mengalami kekalahan mengejut kepada pasukan kurang ternama, Team Haq (THQ).

Kata Rizwan, semua barisan pemain telah memberi yang terbaik sepanjang dua hari sesi kelayakan dengan misi untuk me­langkah ke pusingan akhir berjaya dilaksanakan.

“Saya akui corak permainan kami masih lagi belum sempurna dengan banyak kelemahan ketara yang perlu dianalisis dan diperbaiki sepanjang minggu ini sebelum mengharungi pusingan akhir nanti.

“Jika kami mahu bergelar juara, sudah tentu pasukan harus kurang melakukan kesilapan mudah selain tidak memandang rendah dengan kualiti yang ada pada pasukan-pasukan lain.

“Siapa sahaja yang layak ke pusingan final boleh memberi ancaman buat kami tetapi saya percaya peluang untuk kami muncul juara agak cerah sekiranya pemain dapat meneruskan momentum yang sama,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Sementara itu, pasukan Lunatix yang menghantar tiga wakil pada kejohanan MES kali ini turut berjaya lolos ke pusingan akhir, namun enggan dilabel sebagai pilihan pada saingan Ahad nanti.

Pemilik pasukan Lunatix, Datuk Wayne Huang mengakui di atas kertas, Todak dan Lunatix adalah dua nama pasukan pilihan tetapi ia tetap tidak memberi sebarang makna kerana apa sahaja boleh berlaku pada hari kejohanan.

“Kami menghormati semua pasukan yang akan berentap di pusingan akhir nanti kerana mereka memiliki kelebihan ma­sing-masing. Apa yang penting, kami kekal fokus dalam usaha memburu kejuaraan,” katanya yang memiliki pasukan Lunatix Origins, Lunatix Seirin dan Team Lunatix.

Kejohanan MES 2021 menawarkan hadiah terkumpul sebanyak RM20,000 bagi FIFA 2021, RM40,000 bagi MMLBB dan RM40,000 juga bagi permainan PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI