PETALING JAYA- Kerajaan dijangka mengutamakan sektor kesihatan dalam perbelanjaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dalam usaha memastikan Malaysia segera pulih daripada Covid-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya menerima permintaan hampir RM900 bilion daripada kementerian dan kerajaan negeri setakat ini bagi perbelanjaan pembangunan selama lima tahun.
“Sebanyak RM69 bilion telah diperuntukkan tahun ini bagi perbelanjaan pembangunan dan merupakan antara yang tertinggi untuk perbelanjaan tahunan.
“Pun begitu, keutamaan kerajaan ketika ini ialah bagi mengekang Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di Universiti Sunway di sini tadi.
Turut hadir Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah.
Katanya, banyak sumber disalurkan kepada sektor penjagaan kesihatan termasuk program vaksinasi yang melibatkan dana besar. -K! ONLINE.