fbpx

PKPD Kampung Juara, Pulau Tioman dan Rompin dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman dilanjutkan ekoran masih terdapat kes baharu direkodkan. - Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerajaan hari ini bersetuju untuk melanjutkan tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Juara, Pulau Tioman dan Rompin, Pahang yang sepatutnya tamat esok kepada 20 April depan.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan sebanyak 513 ujian saringan di lokaliti tersebut dan daripada jumlah itu sebanyak 53 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM mengesahkan masih terdapat penularan jangkitan dalam kalangan penduduk di kampung tersebut dan sebanyak enam kes baharu positif Covid-19 telah direkodkan semalam.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman dan Rompin, Pahang bermula 7 April sehingga 20 April depan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa setakat semalam seramai 137 individu telah ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan daripada jumlah itu 114 telah dikompaun, 10 direman manakala 13 lagi dibenar jamin.

“Antara kesalahan ingkar SOP yang direkodkan adalah aktiviti pusat hiburan (71), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (32), gagal merekod butiran diri di aplikasi MySejahtera (19), tiada penjarakan sosial (5) dan lain-lain (10),” jelas beliau.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI