fbpx

Nadia Brian, suami sah cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIA BRIAN dan Muizz kini sah cerai talak satu.

PETALING JAYA – Pergolakan rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suami akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah bercerai talak satu, kelmarin.

Pendedahan tersebut dibuat Nadia kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

“Alhamdulillah. Semuanya okay je dan ya kami sudah bercerai.

“Apapun kena bertenang. Saya jenis bukan suka kecoh, tapi kalau orang tanya itulah jawapannya. Muizz sudah lafazkan cerai kelmarin tepat pukul 8.34 malam,” katanya.

Menurut Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 31, perceraian tersebut dilafazkan di luar mahkamah seperti yang diminta bekas suaminya.

Nadia bagaimanapun tidak berkongsi lokasi lafaz cerai yang dilakukan Muizz.

Kosmo! pada 14 Disember lalu melaporkan Muizz sudah memfailkan perceraian terhadap Nadia di sebuah mahkamah namun masih belum dibicarakan berikutan penutupan mahkamah ekoran situasi semasa Covid-19.

Terdahulu, pelakon Aku Yang Kau Gelar Isteri itu sebelum ini mengakui rumah tangga yang dibina bersama suaminya pada 9 November tahun lalu sedang berantakan, namun enggan mengulas lanjut kerana bimbang akan mengeruhkan keadaan.

Spekulasi keretakan rumah tangga mereka timbul selepas Nadia sering berkongsi hantaran menerusi InstaStory yang memberi bayangan dirinya berstatus solo.

Pergolakan rumah tangga mereka semakin memuncak selepas Muizz yang juga seorang ahli perniagaan membuat pendedahan dalam Instagram pada 7 Oktober lalu bercerita tentang kecurangan Nadia bersama dua orang lelaki.

Rentetan daripada pendedahan tersebut, bermulalah perang media sosial pasangan yang dikatakan sudah tiga bulan tidak tinggal sebumbung itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI