fbpx

MAFI sasar 500 kontrak perniagaan RM60 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald bergambar ketika melawat pameran selepas Majlis Perasmian Program Business Talk selangkah ke Industri di Dewan Serbaguna MAFI, di sini, hari ini. FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyasarkan penawaran 500 contract growers kepada graduan untuk mengikat kontrak ladang dengan lapan anchor companies yang terlibat dengan nilai perniagaan RM60 juta setahun.

Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, usaha yang dijalankan Jabatan Pertanian itu dijangka dapat memberi manfaat peluang pekerjaan kepada lebih 1,000 orang pada tahun ini.

Beliau berkata, masalah berkaitan kekurangan tanah dan sumber tenaga kerja juga dapat diatasi secara tidak langsung melalui kontrak ladang yang dibangunkan dengan perkongsian teknologi tanaman terbaik.

Menurutnya, program itu memberi kelebihan antaranya meningkatkan produktiviti ladang, jaminan bekalan dan produk berkualiti tinggi memandangkan ia memiliki Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP).

“Sebagai contoh, Jabatan Pertanian berjaya membantu 53 orang contract growers tanaman tembikai di Kelantan yang telah menandatangani perjanjian ke hadapan dengan Syarikat Beho Supply Sdn. Bhd. dalam pengeluaran tembikai untuk pasaran tempatan dan luar negara.

“Contract growers berjaya menikmati kenaikan harga ladang daripada 40 sen kepada 80 sen yang mencecah RM1.80 sekilo mengikut gred dan lokasi pengambilan hasil dengan nilai perniagaan bagi kontrak ladang tersebut bernilai RM3 juta semusim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Business Talk: Selangkah ke Industri Pertanian di kementerinnya di sini hari ini.

Ronald berkata, program kontrak ladang merupakan antara usaha Jabatan Pertanian membantu mereka yang terjejas dalam mendepani cabaran pandemik Covid-19.

Beliau berkata, pada tahun 2013, eksport buah-buahan negara adalah RM675 juta manakala pada 2018 telah meningkat hampir dua kali ganda iaitu RM1.3 bilion.

“Perjanjian yang akan dimeterai melalui program kontrak ladang mampu menjamin pasaran hasil segar atau produk makanan yang dikeluarkan sama ada bagi pasaran domestik mahupun antarabangsa berdasarkan harga yang dipersetujui bersama.

“Saya yakin melalui pendekatan kerjasama strategik ini semua pemain industri berkaitan kita mampu mengeluarkan bekalan yang mencukupi, berkualiti dan selamat digunakan,” ujarnya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI