fbpx

Lelaki maut serangan jantung ketika bonceng motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PARIT – Seorang pengawal keselamatan maut dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang membonceng motosikal di Kilometer 1, Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, Shahudin Adam, 65, yang bekerja di Pam Pasir Pulau Pisang itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Barudin Wariso berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama anak lelakinya berusia 19 tahun dalam perjalanan dari arah Bota menghala ke Kampung Aji Bota Kiri.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa terjatuh dari motosikal di atas jalan dipercayai akibat serangan jantung tanpa berlaku sebarang pelanggaran ke atas mana-mana objek mahupun kenderaan.

“Kejadian itu mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian manakala anak lelakinya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat dan punca kematian akibat serangan jantung. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI