fbpx

Lelaki cedera kereta rempuh kedai makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kedai makan selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Jalan Titi Haji Idris di Pendang pada pagi tadi.

PENDANG – Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kedai makan di Jalan Titi Haji Idris di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku ketika pemandu kereta jenis Honda Civic berusia 30 tahun terbabit dalam perjalanan dari arah Pendang menghala Langgar, Alor Setar dekat sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Imran Izani berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 8.12 pagi.

“Enam anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa yang telah dikeluarkan dari kereta hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas masuk ke kedai makan yang tidak beroperasi kerana pemilik premis dikatakan berada di luar daerah.

“Rempuhan kuat menyebabkan dinding kedai makan berstrukturkan kayu dan papan itu pecah dan banyak barangan di dalam premis rosak.

“Kereta mangsa pula mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Mangsa yang mengalami kecederaan ringan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk rawatan,” ujarnya – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI