fbpx

Cameron Diaz hilang tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMERON DIAZ

MENERUSI sesi temu bual dengan Yahoo! Finance Present, aktres Cameron Diaz mengakui bahawa ketika ini dia menggunakan 100 peratus tenaganya untuk menjadi seorang ibu.

Biarpun berasa sangat penat ketika menguruskan seorang anak kecil, namun dia berasa sangat gembira menjalani kehidupan sebagai ibu.

“Kehidupan saya kini sangat berbeza. Saya memberikan 100 peratus tenaga untuk menjadi seorang ibu terbaik.

“Sekarang saya merasakan kehidupan pada hari ini adalah yang paling memuaskan pernah dialami selepas berkahwin dan mempunyai anak,” ujar ibu kepada Raddix yang kini berusia 15 bulan itu.

Dalam pada itu, bintang naskhah popular Charlie Angels itu juga memberitahu bahawa dia tidak pasti bila waktu sesuai untuk membuat kemunculan semula dalam bidang lakonan selepas kali terakhir membintangi filem berjudul Annie sekitar 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI