fbpx

Beras wangi Kelantan mampu tandingi beras wangi Siam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah Mat Nawi (dua kiri) menandatangani plak perasmian pengeluaran produk beras wangi Kelantan di Banir Belikong, Pasir Puteh hari ini. - Foto : TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yakin kualiti beras wangi tempatan mampu menandingi beras wangi Siam susulan pengenalan padi varieti MRQ76 sejak tiga tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Makanan II, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, ini kerana, varieti benih padi itu mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pesawah di negeri Kelantan sehingga mampu menghasilkan sebanyak lima tan padi untuk satu hektar kawasan.

“Import beras wangi ke negara ini dianggarkan sebanyak 40 peratus daripada jumlah import beras secara keseluruhan. Dengan pengenalan padi itu mampu setanding dengan kualiti beras Siam yang diimport dari negara jiran.

“Permintaan terhadap beras itu juga menjadi inisiatif dalam pembangunan varieti padi wangi baharu iaitu MRQ 104 dengan potensi hasil antara tiga hingga lima tan dalam satu hektar kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melancarkan produk beras wangi Kelantan yang diusahakan pesawah tempatan di Pusat Belian Padi Jelapang Timur Enterprise, Banir Belikong, di sini hari ini.

Menurutnya, penanaman padi wangi yang diusahakan oleh pesawah akan membantu meningkatkan pendapatan petani berdasarkan kepada harga padi wangi yang lebih tinggi berbanding padi putih tempatan. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI