fbpx

Belajar di sekolah lagi seronok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar-pelajar hadir pada hari pertama pembukaan sesi persekolahan bagi sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Ipoh hari ini. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Perasaan gembira untuk berjumpa rakan-rakan setelah lama terperap di rumah tidak dapat disembunyikan para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini yang memulakan sesi persekolahan hari ini.

Rata-rata mereka memberitahu teruja untuk ke sekolah dan menyarung pakaian seragam berbanding mengikuti sesi pembelajaran atas talian.

Pelajar tingkatan empat, Sanat Mifzal Shaharuddin, 16, berkata, pembelajaran secara bersemuka lebih berkesan kerana dapat memberikan tumpuan selain mudah bertanya guru.

Katanya, dia tidak bimbang ke sekolah kerana penjarakan fizikal dan prosedur operasi standard (SOP) dijaga ketika bersama rakan-rakan.

“Saya sangat gembira kembali belajar di dalam kelas setelah lama mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) disebabkan pandemik Covid19.

“Memang lega betul rasa apabila dapat belajar semula di sekolah dan kini fokus untuk beri tumpuan pada persediaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

Bagi pelajar tingkatan satu, Muhammad Sufi Afizuddin Anuar, 13, pula berkata, dia tidak sabar untuk berjumpa dengan rakan-rakan baharu selain rakan sedia ada.

“Seronok sangat sebab sudah berbulan-bulan tunggu untuk masuk ke sekolah menengah, dapatlah belajar dan berjumpa dengan rakan baharu.

“Suasana di alam sekolah menengah pasti berbeza dengan sekolah rendah, jadi saya juga ingin belajar subjek-subjek baharu,” ujarnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI