fbpx

Pogba mampu suntik semangat Man. United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA mampu memberikan kekuatan buat United di bahagian tengah dalam usaha mereka mendapatkan jaringan. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui bahawa kehadiran semula pemain tengahnya, Paul Pogba mampu memberikan suntikan semangat untuk pasukan itu kembali memberikan cabaran.

Pogba kembali membarisi kesebelasan utama pasukan selepas dua bulan berdepan masalah kecederaan paha selepas perlawanan menentang Everton pada 6 Februari lalu.

Sebaik menyertai pasukan sebelum ini, Pogba berjaya meledak gol kemenangan ketika menentang AC Milan sekali gus membawa pasukan itu mara ke saingan suku akhir Liga Europa.

Dia juga beraksi ketika Uni­ted menentang Leicester City pada aksi suku akhir Piala FA sebelum diturunkan dalam tiga perlawanan antarabangsa bersama skuad Perancis untuk terus meningkatkan tahap kecergasannya.

Dalam lapan perlawanan terakhir melibatkan semua kejohanan, United hanya sekali berjaya menjaringkan lebih satu gol dalam kesemua perlawanan tersebut ketika menewaskan Manchester City 2-0.

Justeru, Solskjaer berharap kehadiran semula Pogba mampu mengubah trend tersebut ketika mereka bakal menantikan kunjungan Brighton awal pagi esok.

“Ia adalah kelebihan besar buat kami dengan kehadiran semula Pogba. Dia hadir pada masa yang tepat dan bersedia untuk menyumbang sesuatu buat pasukan ini.

“Kami sedar betapa penting dirinya untuk pasukan ini. Kehilangannya memberikan peluang kepada pemain lain untuk membuktikan kemampuan te­tapi kembalinya dia di dalam pasukan ini membuatkan kami bersedia untuk kembali memberikan aksi terbaik,” katanya.

Solskjaer mengakui bahawa Marcus Rashford dan Mason Greenwood mungkin akan disenaraikan di dalam pasukan itu jika tahap kecergasan mereka berada pada kedudukan terbaik. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI