fbpx

NSL: Johor juara Kumpulan B, tempah laluan mudah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOALSHOOTER Johor, Nuraina Raziani (dua dari kanan) beraksi cemerlang membantu pasukannya menjuarai Kumpulan B selepas menewaskan Selangor di Stadium Juara.

KUALA LUMPUR – Status selaku juara Kumpulan B saingan Netball Super League (NSL) 2021 akhirnya sah menjadi milik Johor Jewels.

Kejayaan tersebut hadir selepas skuad bimbingan Fazira Mesnan itu berjaya menewaskan Selangor Angels 65-51 pada aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan Johor menebus kekecewaan mereka selepas seri 50-50 dengan Selangor sewaktu pertemuan pusingan pertama antara kedua-dua pasukan pada 19 Mac lalu.

Ia secara tidak langsung mencerahkan peluang Johor untuk memburu kejuaraan edisi pertama NSL musim ini apabila bakal berhadapan naib juara Kumpulan A, Perak Phoenix di peringkat separuh akhir pada Sabtu ini.

Selangor yang dikendalikan Rosnani Ismail terpaksa menerima hakikat perit terhadap kekalahan itu apabila mereka perlu mengharungi laluan yang lebih sukar di peringkat separuh akhir hujung minggu depan.

Apa tidaknya, Selangor dijadualkan menentang juara Kumpulan A iaitu pilihan utama kejohanan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats yang merupakan gergasi bola jaring kebangsaan.

Lebih menyukarkan keadaan apabila KL Wildcats merupakan satu-satunya pasukan yang berjaya merekodkan kemenangan bersih 100 peratus daripada enam perlawanan Kumpulan A. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI