fbpx

Warga emas maut dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Honda C70 yang ditunggang mangsa remuk selepas dirempuh sebuah kereta di Kampung Peringat, Kota Bharu semalam.-Foto Ihsan PDRM

KOTA BHARU – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Kota Bharu – Terengganu dekat Kampung Peringat di sini, petang semalam.

Msngsa, Muhammad Abdullah, 68, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan awal mendapati, nahas berlaku kira-kira pukul 5.15 petang ketika mangsa menunggang motosikal jenis Honda C70 seorang diri dari arah Melor ke Kubang Kerian.

Setiba di lokasi kejadian, terdapat kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun berada di laluan sama.

“Mangsa yang berada di bahagian kiri jalan telah secara tiba-tiba mengubah laluan ke bahagian kanan jalan itu.

“Insiden itu menyebabkan pemandu kereta itu tidak sempat mengelak sebelum merempuh motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Abdul Rahim berkata, mangsa yang terjatuh di atas jalan raya telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala sebelum dibawa ke HUSM untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, selepas lima jam dirawat, mangsa yang berasal dari Kampung Perupok, Bachok disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 malam tadi. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,”ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI