PERTANDINGAN Miss Grand International 2020 yang berlangsung di Bangkok, Thailand sudah melabuhkan tirainya dengan menyaksikan mahkota kemenangan dimiliki peserta dari Amerika Syarikat, Abena Appiah.
Di sebalik berita kemenangan tersebut, terselit kisah viral tentang kostum unik yang diperagakan oleh peserta dari Indonesia, Aurra Karishma kerana menggunakan menu sate Madura sebagai tema pakaiannya.
Kostum yang dipakainya memaparkan beberapa bahan seperti bawang, serai, cili dan limau yang merupakan penyedap rasa sate Madura.
Busana tersebut direka oleh Jember Fashion Carnaval dan dibuat sebagai simbolik untuk melambangkan makanan dan budaya Indonesia.
Busana tersebut dikatakan antara yang paling unik sepanjang pertandingan ratu cantik. Peserta Malaysia juga pernah mengenakan kostum nasi lemak pada acara Miss Universe 2017.