fbpx

Serangan rempuhan kereta ragut nyawa polis Capitol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN keselamatan mengalihkan sebuah kereta Nissan Altima yang dilaporkan merempuh halangan keselamatan di bangunan Capitol AS, Washinton semalam. - AFP

WASHINGTON – Seorang anggota polis Capitol Amerika Syarikat(AS) terbunuh dan seorang lagi cedera  selepas sebuah kereta merempuh pos pemeriksaan dan melanggar halangan di kompleks bangunan parlimen tersebut di Washington semalam sekali gus memaksa penutupan  kali kedua dalam tempoh kurang dua bulan selepas perusuh menyerang Kongres.

Polis Capitol menembak mati pemandunya selepas dia keluar dari kereta dan menyerbu ke arah mereka dengan menghunuh sebilah pisau, kata pemangku ketua polis Capitol, Yogananda Pittman kepada pemberita.

Presiden Joe Biden dan  Wanita Pertama AS, Jill Biden yang bercuti di Camp David sempena Hari Easter mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa, William Evans.

“Jill dan saya sedih apabila dimaklumkan tentang serangan ganas di pos keselamatan bangunan Capitol,” kata Biden dalam satu kenyataan.

 

                                                   NOAH GREEN

Media tempatan melaporkan bahawa  pihak berkuasa mengenal pasti penyerang sebagai Noah Green. Dia merupakan lelaki kulit hitam berumur 25 tahun dari Indiana.

Pittman berkata, polis belum mengetahui motif serangan manakala penyerang juga tiada rekod jenayah lampau.

“Serangan ini nampaknya tiada kaitan dengan keganasan namun, kami akan meneruskan siasatan,” kata Ketua Polis Metropolitan Washington, Robert Contee pula. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI