fbpx

Rossi mahu ‘curi’ data Vinales di GP Doha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSSI mengakui pelarasan yang digunakan oleh Vinales cukup baik sehingga berjaya menjulang kemenangan di GP Qatar minggu lalu. – AFP

DOHA – Pelumba Petronas SRT, Valentino Rossi sedia untuk ‘menyedut’ data bekas rakan sepasukannya, Maverick Vinales menjelang perlumbaan kedua di Grand Prix (GP) Doha pada hujung minggu ini.

Pelumba Monster Energy Yamaha, Vinales mempamerkan tunggangan kemas pada perlumbaan pembukaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) di Qatar minggu lalu apabila melakar kemenangan selepas mengatasi kekuatan pasukan Ducati.

Rossi sepatutmya dijangka mampu bersaing merebut podium selepas memulakan perlumbaan di petak keempat bagaima­napun pulang hampa apabila sekadar mengakhiri perlumbaan di kedudukan ke-12 selepas me­ngakui berdepan masalah tayar belakang.

Justeru, Rossi berharap terdapat penambahbaikan pada jenteranya seperti Vinales yang dilihat tidak berdepan masalah pada komponen tayar belakang.

“Pada perlumbaan pertama lalu ia bukan seperti yang saya jangkakan kerana kami tidak dapat memecut dengan lebih laju. Jadi, kami akan berusaha untuk melakukan beberapa perubahan terutama pada bahagian tayar belakang.

“Kami akan menilai semula data dan lihat masalah utama yang kami sedang hadapi. Nampaknya, Vinales menggunakan pelarasan yang berbeza pada jentera ketika perlumbaan pertama.

“Perbezaan itu boleh dilihat terutama pada peranti elektro­nik dan beberapa perubahan lain. Saya akui sukar untuk menggunakan pelarasan yang serupa tetapi kami akan berusaha untuk mendapatkan pelarasan yang lebih baik.

“Fabio Quartararo (Yamaha) juga berdepan masalah yang sama tetapi dia menamatkan saingan di tempat kelima. Apa pun ini kami perlu melihat semula data dan cuba mencari kaedah terbaik menjelang aksi kedua di Losail nanti bagi menebus kekecewaan,” kata Rossi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI