fbpx

Mayat lelaki tanpa kaki, tangan dijumpai terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengangkat mayat lelaki tanpa identiti yang ditemui terapung berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Batu Maung di sini hari ini. - FOTO: IHSAN BOMBA

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tidak sempurna tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki berhampiran Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Batu Maung di sini hari ini.

Mayat yang masih lengkap berpakaian iaitu berseluar pendek dan baju-t itu dijumpai terapung di perairan tersebut kira-kira pukul 9.30 pagi.

Difahamkan, penemuan mayat lelaki tersebut disedari nelayan pantai yang melalui kawasan berkenaan lalu menghubungi pasukan polis untuk tindakan lanjut.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Nor Fairus Osman berkata, pihaknya menerima panggilan bantuan mengangkat mayat daripada pasukan polis pada pukul 9.52 pagi tadi.

Menurutnya, tindakan anggota yang lengkap dengan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) menaiki sebuah bot polis Marin bagi melakukan kerja-kerja mengambil mayat di lokasi kejadian.

“Mayat lelaki tersebut ditemui dalam keadaan tertiarap manakala anggota badannya didapati sudah tidak sempurna iaitu tiada bahagian kaki dan tangan.

“Kerja-kerja mengangkat mayat ke atas bot mengambil masa kurang 10 minit dan kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini sebentar tadi.

Beliau memberitahu lagi, pihaknya telah menyerah mayat lelaki tanpa identiti itu kepada pasukan polis untuk siasatan lanjut.

Tambahnya, operasi tersebut tamatkan sepenuhnya pada pukul 12.37 tengah hari tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI