fbpx

Lelaki curi sekampit beras, susu diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal disyaki mencuri beras dan susu dalam kejadian di Jalan Indah, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri sekampit beras dan susu selepas memecah masuk sebuah kedai makan di Jalan Indah di sini awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.15 pagi disyaki dilakukan suspek yang menaiki motosikal.

Katanya, perlakuan jahat itu boleh menyebabkan suspek berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun jika dibuktikan bersalah.

“Pihak polis ada menerima laporan dari mangsa yang dibuat di Balai Polis Kota Tinggi bagaimanapun setakat ini belum ada tangkapan dibuat.

“Siasatan lanjut masih dilakukan termasuklah penelitian menerusi rakaman litar tertutup di mana setakat ini rakaman diperolehi tidak berapa jelas.

“Namun siasatan awal mendapati suspek melakukan kerja itu bersendirian dimana kehilangan hanya membabitkan sekampit beras 10 kilogram (kg) dan juga satu kotak susu,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum denda atau penjara sehingga 14 tahun.

Manakala bagi mana-mana kesalahan yang dilakukan kali kedua juga boleh dikenakan denda atau sebatan.

Difahamkan kejadian berkenaan bukan pertama kali berlaku yang mana sebelum ini melibatkan kehilangan tabung anak yatim yang diletakkan di kedai makan terbabit.

Terdahulu, tular di laman Facebook kejadian curi yang berlaku di kedai makan berkenaan yang menampakkan rakaman seorang lelaki dipercayai suspek menaiki motosikal. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI