fbpx

Kerja pengalihan kren gantri bermula hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja-kerja pengalihan kren gantri mula dilaksanakan hari ini di tapak kemalangan di Persiaran Alam Damai, Cheras, di sini.

PETALING JAYA – Kerja- kerja pengalihan kren gantri yang jatuh hingga mengakibatkan kemalangan jiwa di Persiaran Alam Damai, Cheras, baru-baru ini mula dilaksanakan hari ini dan ia dijangka akan mengambil tempoh masa seminggu.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) melalui satu kenyataan berkata, kerja-kerja berkenaan dilaksanakan oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. bersama kontraktor, Syarikat Muhibbah Perniagaan dan Pembinaan Sdn. Bhd. (SMPP).

“Kerja-kerja pengalihan ini dijangka ambil masa seminggu, kerja-kerja tersebut agak rumit di mana kren gantri akan dipotong kepada beberapa bahagian sebelum dibawa turun.

“Enam unit kren akan digunakan untuk kerja-kerja pengalihan dan ia telah mendapat kelulusan daripada jurutera perunding seliaan dan pihak berwajib,” ujarnya hari ini.

Jelasnya, Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) dan SMPP turut bekerjasama dengan beberapa pihak termasuk jurutera perunding profesional, pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (JKKP) dan juga Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) bagi tujuan itu.

“Kerja-kerja pengalihan gantri ini akan dilakukan dengan mengambil kira keselamatan penduduk sekitar dan juga para pekerja pembinaan SUKE.

“Sebagai rekod, kerja-kerja pengalihan kren gantri ini dilaksanakan setelah selesai kerja-kerja fasa pertama iaitu penstabilan struktur rasuk dan kren gantri yang terlibat dijalankan,” ujarnya.

Justeru itu, katanya, pihak SUKE memohon maaf di atas kesulitan yang timbul berhubung kejadian tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI