fbpx

Kelantan FC tewas 0-1 di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Kelantan FC cuba masuk ke kawasan penalti Sarawak United pada aksi Liga Premier di Kota Bharu sebentar tadi. -Foto Ihsan TRW Kelantan FC

KOTA BHARU – Rembatan kencang jarak jauh pemain tengah, Lee Chang-Hoon pada minit ke-39 sudah cukup buat Sarawak United untuk menumbang Kelantan FC dengan jaringan 0-1 pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Jaringan itu terhasil menerusi hantaran pendek Sandro Da Silva Mendonca sebelum Chang-Hoon melakukan sepakan terus untuk untuk menewaskan penjaga gol Kelantam FC, Mohd. Faridzuean Kamarudin.

Tersentak dengan gol itu, anak buah Marko Ragini bangkit mengasak, namun rembatan Natanael Siringo Ringo sempat ditampan keluar oleh Mohd. Sharbinee Allawee Ramli seminit kemudian.

Bersambung babak kedua, pelawat cuba untuk menambah jaringan pada minit ke-54, namun rembatan Da Silva Mendonca dinafikan oleh ketangkasan penjaga gawang tuan rumah.

Sarawak United berjaya menambah jaringan pada minit ke-82, namun jaringan Nur Shamie Iszuan Amin dibatalkan oleh kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Gol tunggal pemain dari Korea Selatan itu kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus mengukuhkan kedudukan Sarawak United di tangga kedua Liga Premier di belakang Negeri Sembilan FC.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI