fbpx

Fokus Arsenal perkemas benteng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
arteta mengakui jentera serangan Liverpool sangat berbahaya dan perlu diberi perhatian. – AFP

LONDON – Pengurus Arsenal, Mikel Arteta enggan barisan pemainnya mengambil mudah aksi menentang Liverpool yang dilihat bergelut dengan prestasi pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) menjelang pertemuan di Emirates awal pagi esok.

Sebagai rekod, Liverpool yang merupakan juara bertahan EPL gagal mempamerkan aksi konsisten musim ini dengan hanya mengutip 46 mata dan hanya dibezakan empat mata berbanding Arsenal yang berada di kedudukan kesembilan liga.

Kata Arteta, skuad kendalian Jurgen Klopp itu masih memiliki kualiti khususnya di bahagian jentera serangan yang berbisa sekali gus memberikan ancaman dalam usaha pasukannya mengutip tiga mata penuh di laman sendiri.

“Saya tidak mahu mengulas mengenai kenapa prestasi Li­verpool merosot dengan begitu mendadak musim ini, sebalik­nya saya lebih berminat untuk memastikan pasukan bersedia sepenuhnya kerana pertemuan menentang Liverpool adalah sangat sukar dan tidak dapat dijangka.

“Justeru, saya mahu semua pemain fokus khususnya benteng pertahanan pasukan ke­rana apa-apa sahaja boleh berlaku dalam tempoh 90 minit. Kita tidak boleh nafikan kualiti yang ada pada jentera sera­ngan pasukan lawan dan pemain harus berikan yang terbaik,” katanya.

Sementara itu, Arteta turut mengesahkan bahawa pasukannya kehilangan khidmat pemain muda berpengaruh, Bukayo Saka yang masih belum cergas sepenuhnya selepas mengalami kecederaan ketika mewakili pasukan England baru-baru ini.

“Saka masih lagi tidak menyertai sesi latihan bersama skuad utama dan hanya menjalani sesi kecergasan ringan. Saya akui tahap kecederaan yang dialaminya sudah beransur pulih tetapi kemungkinan besar dia tetap diketepikan pada aksi bertemu Liverpool kerana tidak mahu mengambil risiko kecederaannya bertambah teruk nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI