fbpx

Empat ekor sudah masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIMAU kumbang yang ditangkap semalam.

REMBAU – Tidak sampai tempoh empat bulan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan berjaya menangkap empat ekor harimau kumbang di daerah ini dan Kuala Pilah bermula 21 Disember tahun lalu.

Pengarah Perhilitan Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, pihaknya berjaya menangkap seekor harimau kumbang dewasa jantan seberat 47 kilogram (kg) yang dipercayai membaham dua ekor lembu penduduk di Kampung Seri Menanti, Kuala Pilah pada Disember lalu.

“Namun, bermula 3 Mac lalu, tiga ekor harimau kumbang te­lah masuk ke dalam perangkap yang dipasang Perhilitan dalam tempoh masa kurang sebulan termasuk yang terbaru hari ini (semalam).

“Kita percaya punca haiwan ini makin kerap masuk ke kawasan penduduk berikutan habitatnya terganggu. Antara kawasan yang diteroka membabitkan kawasan hutan di daerah Kuala Pilah, Tampin dan Rembau,” katanya ketika ditemui di Kampung Chembong Kecil, di sini semalam.

Jelas beliau, di Kampung Ulu Nuri, harimau kumbang masuk ke dalam perangkap yang dipasang sejak 23 Februari lalu pada 3 Mac lalu.

“Manakala di Kampung Solok Baing pula, Kendong pula pe­rangkap yang dipasang sejak 15 Januari lalu dimasuki haiwan itu pada 24 Mac lalu.

“Kira-kira pukul 8.30 pagi tadi (semalam), kami menerima maklumat seekor harimau kumbang telah masuk ke dalam perangkap dan operasi menyelamatkan haiwan itu dilaksanakan,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini jantina, berat dan usia tangkapan terbaru ini masih belum dapat dipastikan dan maklumat ber­kenaan akan diketahui selepas rawatan diberikan Pegawai Vaterinar.

Katanya, selain tiga lokasi berkenaan, pihaknya turut mendapat maklumat kehadiran seekor lagi harimau kumbang di sebuah perkampungan di Jelebu.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan kesahihan aduan berkenaan. Seperti aduan di Kampung Chembong Kecil ini, kita telah pasang perangkap setelah membuat pemerhatian serta pemantauan melalui kamera perangkap terlebih dahulu.

“Perangkap dipasang selepas siasatan mendapati kawasan berkenaan menjadi laluan harimau kumbang,” tambahnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI