fbpx

Dr. Amalina selamat bernikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Amalina bersama suaminya, Alex.

PETALING JAYA – Pelatih pakar bedah, Dr. Nur Amalina Che Bakri mengumumkan sudah berkahwin dengan tunangnya seorang warga Eropah dikenali sebagai Alex pada 31 Mac lalu.

Pengumuman itu dikongsi sendiri olehnya melalui laman Instagram sebentar tadi.

Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik itu, Nur Amalina berkata, walaupun terpaksa menangguhkan perkahwinannya sebanyak tiga kali ekoran pandemik Covid-19, dia bersyukur akhirnya dapat disatukan dengan suami dalam sebuah majlis ringkas.

“Alhamdulillah, kami bernikah di Masjid London pada 31 Mac 2021. Walaupun terpaksa menangguhkan pernikahan sebanyak tiga kali, kami berasa lega kerana berjaya mengadakan majlis sederhana  yang dihadiri oleh enam tetamu terdiri daripada keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Rancangan awal kami adalah untuk mengadakan majlis resepsi pada bulan Mac di Malaysia dan bulan Jun di United Kingdom tahun ini, namun kami menangguhkan majlis itu sehingga kami yakin semua orang dapat menghadirinya,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Nur Amalina mengumumkan telah bertunang dengan pasangannya pada 10 Ogos tahun lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI