fbpx

Boleh tunggu bas selepas buka pintu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kediaman serba baharu ini mempunyai tiang tempat perhentian bas setinggi tiga meter di tengah-tengah laluan masuk pintu hadapannya. SWNS/Metro UK

LONDON – Sebuah rumah di Staffordshire, England mencuri perhatian netizen kerana terdapat tiang tempat perhentian bas terpacak di hadapan pintu kediamannya, lapor akhbar Metro UK hari ini.

Rumah baru siap dibina itu disifatkan netizen sebagai mempunyai ‘jaringan pengangkutan awam terbaik’ kerana ‘dilengkapi’ tiang tempat perhentian bas setinggi 3 meter sebaik menjejakkan kaki ke luar rumah.

Jika tiang itu terus dibiarkan di situ, ia akan memudahkan bakal pemilik kediaman tiga tingkat itu untuk menaiki bas bernombor 2, 21 dan 21E selain bas perkhidmatan Burton bernombor 22.

Terletak di Jalan Utama di Stapenhill, rumah yang dibina lengkap dengan ruang parkir itu diiklan untuk diijual pada harga £174,950 (RM1 juta).

Menurut seorang penduduk setempat, Jane Evans, dia melihat iklan jualan rumah tersebut dan mendapati ia adalah sebuah kediaman yang sempurna, kecuali terdapat  tiang tempat perhentian bas di hadapan pintu rumah.

“Teman lelaki sangkakan saya bergurau sehinggalah dia melihat sendiri rumah itu. 

“Memandangkan dia perlu menaiki bas untuk pergi kerja, jadi saya katakan bahawa dia tidak ada alasan lagi untuk lambat ke tempat kerja,” ujarnya.

Sementara itu, syarikat perkidmatan bas tempatan, Midland Classic berkata, tiang perhentian bas itu sudah pun berada di lokasi tersebut sebelum rumah tersebut mula dibina. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI