fbpx

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Tan Sri Ahmad Kamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan oleh YDPA dan Permaisuri Agong yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mantan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Ahmad Kamil Jaafar yang meninggal dunia pagi ini.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga tabah menghadapi suasana sedih serta pilu ini.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai jasa dan khidmat bakti Allahyarham kepada negara dan menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama-sama para solihin,” kata hantaran menerusi Facebook Istana Negara di sini hari ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Kulim, Kedah pada 1937 berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri bermula dari 1989 hingga 1996.

Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Vietnam pada 1978, Jepun dan Switzerland serta Wakil Tetap Malaysia ke Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva (1980).

Sebelum dilantik sebagai duta, Allahyarham juga pernah berkhidmat di Thailand, Jerman, Singapura dan PBB New York sekitar tahun 70-an

Pada tahun 2003, Allahyarham menjadi Utusan Khas Perdana Menteri ke Sidang Kemuncak Ke-13 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM). -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI