fbpx

10 ‘otai’ leka main mahjong diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada 10 individu yang ditahan polis ketika sedang berjudi di sebuah kedai di Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor semalam.

ISKANDAR PUTERI – Sekumpulan 10 lelaki warga emas terkedu selepas keseronokan mereka bermain judi mahjong di dalam sebuah kedai diserbu dalam kejadian di kawasan Gelang Patah, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbu itu dijalankan pihaknya pada pukul 3.15 petang.

“Semasa serbuan dijalankan seramai 10 orang berada di dalam premis dan sedang bermain ‘mahjong’ di beberapa buah meja.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 51 hingga 77 tahun. Turut ditahan dalam operasi itu adalah penjaga premis,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, semakan rekod mendapati kesemua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan juga tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

“Dalam operasi berkenaan, polis turut merampas pelbagai barangan antaranya dua meja, lapan kerusi plastik, 145 buah mahjong, 112 buah jerami dan wang tunai RM334.

“Kes disiasat mengikut Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI