fbpx

Tidak boleh berbual dalam MRT di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG kakitangan dilihat memegang plakad yang melarang penumpang MRT bercakap. - SMRT/FACEBOOK

SINGAPURA – Staf kereta api transit aliran massa di Singapura (SMRT) sudah mula membawa plakad untuk mengingatkan pengguna agar tidak berbual-bual semasa menggunakan pengangkutan awam itu, lapor portal Mothership, kelmarin.

Langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 di dalam kemudahan awam berkenaan.

“Kakitangan stesen kami akan mula memegang iklan peringatan ini bermula 31 Mac untuk mengingatkan penumpang agar tidak bercakap semasa melakukan perjalanan dalam rangkaian kami.

“Pengguna mungkin terlupa dan kami ingin mengingatkan mereka dengan sopan sekali gus membantu menjaga keselamatan pengangkutan awam melalui inisiatif ini,” kata pihak SMRT menerusi kenyataan di laman sosial Facebook.

Tindakan itu mengundang respons yang pelbagai dalam kalangan netizen.

“Kami hargai ingatan itu. Semua orang patut memainkan peranan bagi menurunkan kes Covid-19 dalam komuniti kita,” ulas seorang pengguna.

“Tahniah. Saya lihat pihak syarikat benar-benar serius dengan keselamatan penumpang pada musim Covid-19,” kata seorang pengguna.

“Tidak bercakap dalam MRT adalah sesuatu yang mustahil,” komen seorang lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI