fbpx

Tiada bakteria SE dari ladang CEM014 Linggi Agriculture Farm

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Tiada bakteria salmonella enteritidis (SE) dikesan pada sampel yang diambil dari ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan, hasil tersebut diperoleh menerusi keputusan ujian yang dijalankan ke atas sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman yang diambil dari ladang ayam itu.

“Berikutan itu, DVS ingin memaklumkan bahawa program pemantauan salmonella ke atas 276 ladang ayam penelur seluruh negara dipertingkatkan bagi mempastikan bekalan dan keselamatan telur yang dipasarkan.

“Pengguna dinasihatkan supaya memastikan telur yang dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, tidak retak, disimpan di tempat yang sesuai dan dimasak dengan sempurna sebelum dimakan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Singapura telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik daripada pasaran telur yang dihasilkan sebuah syarikat di Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.

Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam laman web mereka menyatakan arahan itu dibuat berikutan penemuan SE pada produk tersebut yang boleh menyebabkan penyakit jika makanan itu dimakan secara mentah atau separuh masak.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI