fbpx

RM3 juta setahun menerusi projek bangunan 51 tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) diiringi Abd. Aziz (dua dari kiri) dan Affendi (kanan) melihat replika bangunan yang akan didirikan dalam majlis berkenaan di Jalan Bernama di sini, hari ini. /FOTO MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUALA LUMPUR- Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menjana pendapatan kasar berjumlah RM3 juta setahun menerusi pembinaan bangunan setinggi 51 tingkat berdekatan Jalan Tun Razak di sini.

Projek kolabrasi bersama Pasukhas Development Sdn. Bhd. itu menerapkan konsep pembangunan bercampur dengan kos keseluruhan bernilai RM250 juta selain dijangka siap pada akhir tahun 2023.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaburan hartanah itu merupakan langkah panjang bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Yayasan Veteran ATM.

“Pelaburan itu bagi memenuhi keperluan operasi terutama penyaluran dana kebajikan kepada veteran ATM dan tanggungan selain mengurangkan kebergantungan sumber kewangan kerajaan.

“Jadi, sebagai pulangan pada masa akan datang, Yayasan Veteran ATM dijangka memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM3 juta setahun melalui sewaan pejabat dan dewan serbaguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek Usahasama Yayasan Veteran ATM bersama Pasukhas Development Sdn. Bhd. tadi.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd. Aziz dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad.

Bercerita mengenai projek itu, Ismail berkata, ia melibatkan konsep bercampur meliputi ruang pejabat serta kawasan komersial dan kediaman.

“Melalui projek itu juga, yayasan akan mendapat pulangan dalam pelbagai bentuk termasuk wang tunai yang ditawarkan oleh pihak pemaju.

“Manfaat itu antaranya, 58,000 kaki persegi ruang pejabat untuk disewakan, 3,000 kaki persegi pejabat yayasan, 25 buah parkir kereta, dewan serbaguna serta wang tunai berjumlah RM2 juta,” jelasnya.

Menurutnya, projek itu juga bersifat mesra perniagaan berikutan disokong dengan infrastruktur yang menghubungkan beberapa lokasi strategik seperti hotel dan pusat membeli-belah. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN