fbpx

Ringgo Arrow disahkan hidap jantung bengkak, berair

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Ringgo ketika dirawat di Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh semalam.

PASIR PUTEH – Bekas vokalis kumpulan Arrow, Ringgo disahkan menghidap jantung bengkak dan berair selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tengku Anis (HTA) di sini semalam.

Ringgo atau nama sebenarnya Mohd. Zain Ramli, 51, pada telah dibawa ke wad kecemasan hospital itu pada pukul 8 pagi semalam selepas mengalami kesukaran untuk bernafas.

Katanya, dia mula sukar bernafas ketika berada di Kuala Lumpur pertengahan bulan lepas untuk menyelesaikan beberapa urusan undangan persembahan nyanyian yang tergendala akibat penularan wabak Covid-19.

Ringgo yang kini bekerja sebagai penebar roti canai di kedai makannya berkata, dia menyangka simptom sakit badan dan sukar bernafas sehingga tidak boleh tidur itu akibat daripada penyakit gastrik.

“Ketika mula-mula sakit di ibu negara, saya membuat keputusan untuk pulang ke rumah di Pasir Puteh untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan di HTA. Ini kerana, saya mahu dekat dengan anak-anak.

“Sebelum ke hospital, saya pergi mengurut di Machang. Atas saranan tukang urut, dia menyuruh saya pergi ke hospital kerana simptom itu bukan penyakit gastrik tetapi ia melibatkan jantung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! malam tadi.

Sebelum ke hospital, Ringgo yang terkenal dengan lagu Aku Tak Marah hanya mampu tidur dalam keadaan duduk sejak 11 hari lalu kerana akan sukar bernafas sekiranya baring.

Katanya, dia akan mengalami sakit-sakit badan dan dada sekiranya tidur dalam keadaan baring.

“Sebelum ini, saya sering membuat siaran langsung atau ‘live’ di media sosial selain mengadakan persembahan di merata tempat. Keadaan itu mungkin memberi kesan kepada kesihatan saya.

“Oleh kerana sibuk bekerja dan membuat persembahan, masa tidur saya berkurangan sehingga tekanan darah naik. Selepas ini, saya perlu rehat dan lebih fikir untuk mementingkan kesihatan,” katanya.

Katanya, sehingga petang semalam, keadaan kesihatannya sudah stabil selepas menerima bantuan alat pernafasan di HTA dan kini sedang dalam pemantauan doktor.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI