fbpx

Ramai pertikai Naim Daniel jadi tentera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim dipertikai netizen apabila membawakan watak seorang tentera dalam drama terbaharunya.

PETALING JAYA – Pelakon dan penyanyi Naim Daniel menerima pelbagai reaksi peminat yang rata-rata tidak boleh menerima lakonan terbaharunya sebagai tentera.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram, Naim berkongsi sekeping foto dirinya memakai seluar celoreng sambil memegang sebuah beg bagasi.

“Ayah, Wan balik ni,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikut dan peminat memberikan pelbagai reaksi dan menyifatkan Naim terlalu kacak serta comel untuk menjadi seorang parajurit.

“Sumpah lah Naim Daniel ni? Selamat berjuang di medan perang saudara.

“Fuhhh. Kenapa hensem dan comel sangat ni. Selamat berkhidmat demi agama, bangsa dan negara tercinta,” tulis netizen.

Dalam pada itu, ramai juga yang tidak sabar melihat pelatun lagu Sumpah itu membawakan watak sebagai tentera memandangkan Naim belum pernah membawakan watak sedemikian sebelum ini.

Naim ketika dihubungi Kosmo! Online menerusi WhatsApp memberitahu dia menerima secara terbuka apa sahaja pandangan mengenai watak yang bakal didukungnya itu.

“Cabaran baharu buat saya untuk membawakan watak sebagai askar yang lansung tidak pernah terlintas sebelum ini.

“Saya okay je. Terima dan anggap ini sebagai cabaran dan pengalaman baharu dalam karier lakonan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI