fbpx

PPj nafi tawarkan tapak karnival bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) memaklumkan pihaknya tidak pernah melantik atau memberi kebenaran kepada mana-mana individu bagi menganjurkan Karnival Bazar Ramadan 2021 seperti yang diiklankan di media sosial.

Bahagian Komunikasi Korporat PPj dalam kenyataan berkata, semua tawaran tapak bagi penganjuran bazar Ramadan hanya dikeluarkan Bahagian Komersial, Pembangunan Perniagaan dan Pelesenan, PPj.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berurusan dengan mana-mana pihak selain PPj.

“Semua permohonan penganjuran acara di Putrajaya perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Kelulusan Acara Perbadanan Putrajaya (JKA-PPj) terlebih dahulu sebelum ianya diiklankan atau dibuka untuk penyertaan,” katanya.

Katanya, PPj tidak akan bertanggungjawab di atas apa-apa perkara yang berbangkit daripada penganjuran acara yang tidak mendapat kelulusan daripada JKA-PPj.

Sebelum ini, PPj mengesan satu iklan tawaran sewaan lot dikenali ‘Karnival Bazarr Ramadan 2021’ yang diiklankan di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Iklan itu didapati menawarkan sewaan lot bermula RM1,000 hingga RM6,000 bagi tempoh bermula 13 April ini hingga 12 Mei depan bertempat di hadapan Istana Kehakiman, Dataran Putrajaya, Presint 3, di sini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI