fbpx

Peluang melihat keindahan ‘cahaya zodiak’ di kaki langit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fenomena yang digelar ‘cahaya zodiak’ itu dapat dilihat pada bahagian kaki langit barat kira-kira sejam selepas matahari terbenam dalam keadaan ruang udara yang jelas. - ESOY. Beletsky, CC license/Good News Network

WASHINGTON – Sehingga 13 April ini, orang ramai boleh menyaksikan satu fenomena langit yang unik yang hanya boleh dilihat dua kali setahun, lapor laman berita Good News Network semalam.

Fenomena yang digelar ‘cahaya zodiak’ itu dapat dilihat pada bahagian kaki langit barat kira-kira sejam selepas matahari terbenam dalam keadaan ruang udara yang jelas.

Dilihat di Hemisphere Utara sejurus selepas waktu senja, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), apa yang disaksikan dalam cahaya samar-samar itu adalah ‘sinar matahari yang dipantulkan ke Bumi oleh awan partikel debu kecil yang mengorbit matahari’.

Sementara bagi agensi angkasa lepas Amerika Syarikat pula, meskipun tiada bukti yang mengaitkan cahaya zodiak itu berasal dari planet Marikh, masih tidak dapat dijelaskan secara tepat bagaimana debu tersebut ‘dapat terlepas daripada cengkaman graviti Marikh’.

Selain itu, bagi Persatuan Astronomi Diraja Kanada, Profesor Emeritus Fizik Universiti Acadia, Dr. Roy Bishop menggambarkan pemandangan cakerawala ketika fenomena itu dengan begitu indah.

“Cahaya zodiak muncul sebagai piramid cahaya putih yang besar dan berseri lembut dengan bahagian dasarnya berdekatan dengan kaki langit serta paksinya berpusat pada zodiak (atau lebih baik lagi, ekliptik).

“Di bahagian paling terang, ia melebihi pencahayaan Bima Sakti tengah,” jelasnya. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN