fbpx

Nelayan hilang ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas di Pantai Sungai Ular di Kuantan hari ini.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Mayat seorang nelayan yang hilang di Pantai Sungai Ular di sini semalam ditemui kira-kira 200 meter daripada tempat mangsa dilaporkan melabuhkan botnya.

Ketua Balai Bomba Gebeng, Rosdan Zakaria berkata, mayat mangsa, Mohd Shahrudin Rameli, 25, ditemukan dalam keadaan terapung pada pukul 2.20 petang tadi.

“Mayat mangsa ditemukan pasukan unit jetski polis marin dan dibawa ke jeti nelayan terdekat oleh bot bomba sebelum diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian tanpa sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini,”katanya di sini, hari ini.

Semalam seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas hilang ketika berenang ke pantai selepas melabuhkan bot miliknya di Pantai Sungai Ular di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu mangsa dikatakan turun ke pantai berseorangan bagi melabuhkan bot miliknya sebagai persediaan untuk turun menangkap ikan hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI