fbpx

Menyamar minta rasuah penganggur direman 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek (baju oren) ketika dibawa reman di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur ditahan reman selama lima hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan kerana meminta rasuah sebanyak RM5,000 serta lima peratus daripada permohonan dana geran filem bernilai RM1.8 juta.

Suspek meminta wang itu daripada sebuah syarikat produksi sebagai dorongan untuk mendapatkan sokongan daripada timbalan menteri terhadap permohonan tersebut.

Tempoh tahanan reman bermula hari ini sehingga sehingga 6 April terhadap suspek yang berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Wong Chai Sia.

Menurut sumber, lelaki tersebut ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada pada pukul 5.30 petang semalam di Putrajaya, bagi membantu siasatan kes itu.

Kata sumber itu, suspek telah menyamar sebagai pegawai khas kepada seorang timbalan menteri daripada sebuah kementerian dan meminta rasuah daripada syarikat produksi berkenaan dengan menyatakan sokongan daripada timbalan menteri akan memudahkan lagi proses untuk memperoleh dana tersebut.

Sementara itu Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Razaliah Ab. Rahman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI