fbpx

Lebur RM100,000 ditipu dalam pelaburan padi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang peniaga dan seorang pesara mengalami kerugian RM100,000 selepas mereka menyertai pelaburan pertanian padi.

Kedua-dua mangsa berusia 65 dan 75 tahun itu menyertai pelaburan penanaman padi di Kemboja melalui seorang lelaki pada 2014.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, kedua-dua mangsa dijanjikan pulangan 100 peratus setiap tiga bulan selama tiga tahun.

“Pada Jun 2014, mangsa menghadiri pameran pelaburan penanaman padi di Kemboja yang diadakan di sebuah hotel ternama di bandar ini.

“Selepas diberi penerangan berkaitan pelaburan itu, mereka bersetuju untuk turut serta dengan modal RM50,000 setiap seorang,”katanya di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, kedua-dua mangsa juga telah menandatangani perjanjian pelaburan pada Ogos 2014, namun sehingga hari ini mereka tidak menerima sebarangan pulangan daripada perlaburan tersebut.

Laporan berkaitan kes dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI