fbpx

Kilang cemar udara didenda RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan habuk tanpa kawalan sehingga mencemarkan udara dilakukan sebuah kilang memproses pembuatan premix bitumen.

KLANG – Tindakan sebuah kilang memproses pembuatan premix bitumen mengeluarkan habuk tanpa kawalan sehingga mencemarkan udara tiga tahun lalu membawa padah apabila didenda RM100,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Ariffin Razali menjatuhkan hukuman itu selepas syarikat berkenaan selaku Orang Kena Saman (OKS) diwakili pengarahnya mengaku bersalah atas empat pertuduhan dihadapinya.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar dalam kenyataan berkata, semua kesalahan dilakukan syarikat yang beroperasi di Jalan Bukit Kapar Kuari di sini pada 5 November 2019 lalu.

Katanya, pertuduhan pertama adalah syarikat itu didakwa telah gagal mengemukakan pemberitahuan bertulis berkenaan pemasangan sistem kawalan pencemaran udara.

“Syarikat berkenaan juga didakwa gagal mengendali sistem kawalan pencemaran udara dan memastikan sistem kawalan pencemaran udara berfungsi dengan baik.

“Pihak premis juga dituduh gagal memastikan sistem kawalan pencemaran udara diselia oleh orang yang berwibawa,” katanya di sini.

Jelasnya, bagi pertuduhan keempat pula didakwa gagal menjalankan pemantauan prestasi sistem kawalan pencemaran.

Aziah menegaskan kesemua kesalahan dilakukan mengikut Peraturan 9(b), 5(1)(b), 7(3) dan 7(4) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

“JAS Selangor akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar,” katanya.  -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI