fbpx

Kes Datuk gaduh dalam restoran ditangguh ke Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wai Khan (baju putih) dan Mow Loong baju hitam belakang) hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini bagi sebutan semula kes di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

PETALING JAYA – Keputusan kes dua pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk yang tular dalam pergaduhan di sebuah restoran di Tropicana Avenue, Damansara tiga bulan lalu, ditangguh ke 11 Mei ini.

Ia berikutan apabila Mahkamah Majistret di sini hari ini, telah dimaklumkan terdapat perkembangan baharu berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, pada 21 Januari lalu, kedua-dua tertuduh iaitu Datuk Tan Wai Khan, 42 dan rakannya Ang Mow Loong, 40, mengaku bersalah bagi dua pertuduhan mendatangkan kecederaan dan melakukan kacau ganggu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.

Mengikut pertuduhan, Wai Khan dan Mow Long didakwa secara bersama-sama dengan sengaja telah mendatangkan kecederaan dengan cara memukul Kwan Pei Chong, 31, di Restoran Steamboat TST, Tropicana Avenue, Damansara, di sini, pukul 9 malam, pada 12 Januari lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
.
Bagi pertuduhan berikutnya, mereka bersama-sama didakwa telah melakukan kacau ganggu yang boleh menyebabkan kegusaran kepada pelanggan dan pekerja pada tempat dan masa sama mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman denda maksimum RM400.

Terdahulu ketika prosiding sebutan semula kes dan jatuh hukum hari ini peguam, Datuk Suraj Singh yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata, pihaknya telah menerima maklumat bahawa pemilik restoran dalam kejadian itu telah menarik balik aduan berhubung Seksyen 427.

Pertuduhan itu melibatkan Wai Khan yang mana dia tidak mengaku bersalah melakukan khianat dengan cara memecahkan pinggan mangkuk milik Kwan Pei Choong, 31.

“Memandangkan terdapat perkembangan baharu itu, saya mohon mahkamah dapat memberi peluang untuk mengkaji semula pertuduhan tersebut (Seksyen 427)

“Pihak kami juga berharap dokumen berkaitan dapat diberi supaya saya dapat meneliti pertuduhan ke atas anak guam saya, sebelum sebarang keputusan dibuat,” katanya.

Ketika prosiding, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Atifah Hazimah Wahab berkata, pihaknya memohon tarikh baharu untuk serahan dokumen dan arahan lanjut. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI