fbpx

Kedah atasi Sri Pahang 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedah meraikan kemenangan selepas menewaskan Sri Pahang 3-1 di Stadium Darul Aman, di sini malam ini. /FOTO SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman FC (KDA FC) seperti diramalkan berjaya membenam Sri Pahang FC 3-1 pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman, di sini malam ini.

Kedua-dua pasukan bermula dengan aksi menarik apabila saling mengatur serangan bagi merebut gol awal.

Pada minit ke-16, pasukan pelawat kendalian Dollah Salleh terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan, Herold Goloun dilayangkan kad merah kerana menarik Tchetche Kipre di hadapan kotak penalti.

Tuan rumah membuka tirai jaringan menerusi rembatan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar dari luar kotak penalti selepas menerima hantaran kemas pemain import, Tchetche Kipre pada minit ke-36.

Kedah bagaimanapun tersentak apabila Sri Pahang lantas menyamakan kedudukan kira-kira lima minit kemudian menerusi jaringan Muhamad Nur Izzat Che Awang.

Memasuki babak kedua, Kedah tidak menunggu lama apabila kembali mendahului perlawanan menerusi sepakan penalti, Kpah Sherman selepas dia dijatuhkan oleh pertahanan lawan dalam kotak penalti.

Baddrol menjadi hero apabila menyumbangkan gol kemenangan pada minit ke-71.

Pada minit ke-89, Sri Pahang terlepas peluang untuk merapatkan jaringan selepas, Lee Tuck gagal melakukan sepakan kemas penalti selepas dia dikasari dalam kotak penalti.

KDA FC kendalian Aidil Sharin Sahak mengekalkan keputusan 3-1 sehingga wisel penamat ditiup. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI