PENYANYI rap terkenal Korea Selatan, Jessy mendedahkan dia menangis hampir setiap hari disebabkan single terbaharunya, What Type of X.
Dalam satu temu bual dalam program bual bicara, Good Morning with Jang Sung Kyu, Jessi atau nama sebenarnya Jessica Ho, 33, memberitahu single terbaharunya itu memerlukan masa kurang daripada tujuh bulan untuk disiapkan.
“Sebenarnya saya tiada perancangan untuk melancarkan lagu terbaharu secepat ini.
“Single terdahulu, Nunu Nana keluar Ogos tahun lalu. Saya langsung tidak mempunyai waktu rehat secukupnya hinggalah sekarang.
“Dek kepenatan dan tekanan yang datang, saya menangis setiap hari hinggalah lagu berjaya diluncurkan baru-baru ini,” dedahnya penyanyi berdarah campuran Amerika Syarikat itu.
Dalam perkembangan lain, Jessi yang kini sibuk dengan aktiviti promosi What Type of X juga bakal hadir dengan program televisyen Sixth Sense 2 sebanyak 12 episod yang bakal disiarkan Jun nanti.