fbpx

JDT Kukuhkan cengkaman di persada Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adam Nor Azlin (kiri) berjaya menanduk bola menewaskan penjaga gol Melaka United FC, Khairul Fahmi di Stadium Sultan Ibrahim, di sini hari ini. /FOTO RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super selepas menewaskan Melaka United FC 3-0 pada aksi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam ini.

Dua jaringan gol skuad Harimau Selatan dalam 10 minit pertama perlawanan masing-masing dijaringkan oleh Bergson Da Silva dan Adam Nor Azlin memudahkan laluan JDT mengutip mata tiga mata penuh di hadapan kira-kira 2,000 penyokong tuan rumah.

Skuad Harimau Selatan yang turun tanpa beberapa pemain utama Naxto Insa, Matthew Davies, Farizal Marlias dan Aidil Zafuan Abd. Radzak tidak menjejaskan rentak skuad bimbingan Benjamin Mora.

Kehadiran penonton selaku pemain ke-12 memberi suntikan kemenangan bagi memburu tiga mata untuk mengukuhkan kedudukan di posisi teratas liga.

Pasukan tuan rumah tidak menunggu lama untuk membuka jaringan pembukaan menerusi Adam yang memanfaatkan sepakan sudut Leandro Velazquez dengan menanduk bola menewaskan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pada minit keempat.

JDT meledak gol kedua apabila menghukum kesilapan Khairul Fahmi yang membuat hantaran pendek kepada Jang Suk-won sebelum hantarannya dipintas Velazquez lalu melorongkan bola kepada Bergson bagi mencipta jaringan pada minit kelapan.

Bersambung babak kedua, skuad kendalian Zainal Abidin Hassan mula memberi tekanan terhadap benteng tuan rumah dan hampir mencipta gol pada minit ke-50 namun bola rembatan deras Sony Norde di luar kotak penalti sekadar singgah di tiang gol kiri ketika Haziq sudah tertewas.

Pada minit ke-73, Fakhrullah Rosli mempunyai peluang untuk mencipta jaringan namun tidak berjaya meletakkan bola ke dalam gawang lawan setelah Haziq gagal mengeluarkan bola dengan baik dari zon bahaya.

Mohamadou Sumareh yang dimasukkan pada babak kedua perlawanan berjaya membawa impak mengatur gerakan hingga berjaya membantu jaringan buat Bergson bagi meledakkan gol ketiga pada minit ke-82.

Kedua-dua pasukan saling berganti-ganti melancarkan serangan ke arah kubu lawan namun keputusan kekal ke wisel penamat. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI