fbpx

Imigresen berkongsi maklumat berkaitan Sajat dengan PDRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sajat

PETALING JAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesahan telah menyalurkan maklumat berhubung dakwaan usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah berada di luar negara kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud bagaimanapun berkata, maklumat berkaitan perkara tersebut tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan berhubung keberadaan usahawan kontroversi itu sedang dijalankan.

“Maklumat berkaitan telah kami (JIM) kongsikan dengan PDRM jadi saya tidak ingin beri sebarang ulasan yang mungkin mengganggu siasatan pihak polis atau pihak berkuasa yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas serbuan penempatan haram warga asing menerusi Ops Bersepadu di Bukit Puchong, Puchong lewat malam tadi.

Terdahulu, Kosmo! Online kelmarin melaporkan bahawa Nur Sajat berkemungkinan telah berada di luar negara selepas dikatakan menghilangkan diri sejak waran tangkap ke atasnya dikeluarkan pada 23 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, usaha mengesan Nur Sajat sedang diteruskan dengan kerjasama pihak polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Tindakan masih diambil untuk mengesan Sajat, ada berita menyatakan dia berada di luar negara dan kita masih lagi melakukan pemantauan.

“Sajat (kes) kerjasama di antara pihak IPK Selangor dengan JAIS, ia masih dalam tindakan kita,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI