fbpx

Ibu dan bayi 14 hari maut dalam kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipercayai hilang kawalan lalu terbabas mengakibatkan seorang wanita bersama bayinya yang berusia 14 hari maut.

AMPANG JAYA – Seorang wanita dan bayi perempuannya yang berusia 14 hari maut selepas kereta yang dinaiki bersama suami serta seorang lagi anak mereka telibat dalam satu kemalangan di Jalan Ampang di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 malam sewaktu keluarga berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Lembah Jaya dari arah Ampang.

“Ketika melalui lokasi kejadian, kereta dipandu si suami, warga tempatan berusia 34 itu dipercayai telah hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan.

“Susulan kejadian itu, isteri pemandu iaitu wanita warga Indonesia yang berusia 28 tahun telah tersepit di bahagian tempat duduk penumpang hadapan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Farouk, akibat kemalangan itu juga, bayi perempuan pasangan itu berusia 14 hari turut tercampak keluar dari kereta dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang.

“Seorang lagi anak pasangan terbabit iaitu kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun mengalami kecederaan parah dan bapanya yang cedera ringan sedang dirawat di hospital sama.

“Saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta untuk tampil menyalurkan maklumat atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Inspektor Nur Nadzirah Abdul Rahim di talian 012-4401093,” jelas beliau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI