fbpx

Hampir 15,000 PKS terpaksa gulung tikar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Lebih 15,000 pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia terpaksa gulung tikar ekoran terkesan dengan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sejak tahun lalu.

Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohammad Sahar Mat Din berkata, hampir 80 peratus daripada 50,000 ahlinya terdiri daripada peniaga usahawan kecil dan sederhana terjejas ekoran perniagaan tidak dapat beroperasi semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac tahun lalu.

“Secara keseluruhannya bisnes makanan memang terjejas, pelanggan tidak boleh makan di kedai, pembekalan makanan terhad yang memberi kesan kepada perkhidmatan makanan selain produk PKS itu sendiri.

“Industri perniagaan memang terjejas dan boleh saya katakan hampir 50 peratus atau kira-kira 15,000 syarikat kecil PKS terpaksa tutup operasi,” katanya selepas merasmikan Konvesyen Islamik Digital (KID) di Shaftsbury Putrajaya di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Sahar berkata, penyediaan satu platfrom dikenali sebagai EDura.com turut disediakan oleh DPIM kepada ahli bagi mengurangkan beban semasa pelaksanaan PKP tahun lalu.

Katanya lagi, DPIM cuba membantu mendapatkan suntikan modal dan maklumat berkaitan bagi memastikan perniagaan ahli-ahli dapat beroperasi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI