WASHINGTON – Kenderaan peneroka milik Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Curiosity berkongsi swafoto dari permukaan planet Marikh, lapor akhbar The Sun, kelmarin.
Biarpun sudah hampir sedekad berada di Marikh, swafoto terbaharu itu merupakan yang paling cantik pernah dikongsi kenderaan tersebut.
Curiosity merakam 60 keping gambar dari Marikh yang kemudian dicantum untuk menghasilkan panorama Panet Merah itu.
Gambar yang dirakam menggunakan lengan Curiosity pada 26 Mac lalu itu bersamaan hari ke 3,070 dalam misi Marikh.
Gambar-gambar tersebut juga digabungkan dengan 11 lagi foto yang diambil menggunakan kamera ‘Mastcam’ yang terletak di kepala kenderaan penjelajah itu.
Curiosity yang dilancarkan pada November 2011 merupakan kenderaan penjelajahan darat NASA yang paling ikonik.
Ia telah beberapa kali mendarat di Gunung Sharp sejak 2014.
Gunung setinggi 15,840 kaki itu mungkin merungkai persoalan tentang apa yang terjadi kepada Marikh yang kini merupakan planet padang pasir. -Agensi